BUKU 2: FATHU RABBANI - WASIAT & NASIHAT KEROHANIAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI


Judul: Fathu Rabbani - Wasiat dan Nasihat Kerohanian Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Penterjemah: Ustaz Akmal Hj. Mhd. Zain
Tahun: Cetakan Pertama 2000
Penerbit: Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur
Tel: 03-40420733 Fax: 03-40444733

email: ahidayah@tm.net.my
laman web: www.hidayah.com.my




SINOPSIS

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, atau nama beliau yang sebenar ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir - merupakan keturunan Rasulullah saw, melalui puteri baginda Siti Fatimah Az-Zahra. Silsilah keturunan beliau ialah Abu Muhammad Qadir bin Abi Salih Musa bin Abdillah Al-Jiliy bin Yahya Az-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Musa bin Adullah Al-Mahdhi bin Hasan Al-Mutsanna bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau adalah seorang ahli tasawwuf yang tidak asing lagi di dunia Islam, tulisan dan buah fikiran beliau berkenaan Ketuhanan dan tasawwuf mendapat perhatian cendekiawan Timur mahupun Barat.

Buku ini mengandungi beberapa pengajaran, fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada kaum muslimin seluruhnya. Fatwa dan nasihat yang disampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu ini dibahagikan kepada 63 bab (serta mengandungi lebih-kurang 850 mukasurat).

Isi kandungan buku ini adalah berpandukan majlis ilmu serta dzikir, dari As-Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani yang telah dicatat oleh murid-murid beliau. Semoga kalian beroleh manfaat dari perkongsian ilmu ini.

MUQADDIMAH


YA ALLAH! Ya Tuhan, Dzat Yang Mengetahui kelemahanku. Aku bermohon kepada-Mu, dengan kesempurnaan seseorang yang telah memuji-Mu, yang telah Engkau perlihatkan kepada-Nya kebenaran asma' serta sifat-sifat-Mu, serta betapa agungnya dzat-Mu. Maka aku berusaha untuk mengenal-Mu dengan kemakrifatan yang layak dan sesuai dengan kalimah-Mu.

YA TUHANKU! Engkau berkenan memberi ilham kepadaku, dengan sesuatu ilham yang tidak pernah Engkau ilhamkan kepada orang lain, ketika aku memuji-Mu. Sebagaimana akan Engkau ilhamkan hal tersebut, ketika pada suatu hari Engkau menampakkan ke-esaan-Mu yang sempurna, saat mana Engkau menganugerahkan selawat dan salam kepadanya, dengan selawat dan salam yang amat berpatutan dengan kesempurnaan-Mu yang amat suci terhadap wujudnya yang indah, dan ketika menyebarkan apa yang datang daripadanya kerana betapa mulianya selawat dan salam-Mu itu, YA TUHANKU, yang berputar dalam wujudnya yang nyata dan tersembunyi, sedangkan semuanya itu berkait rapat dengan kewujudan dan perintah-Mu, sehingga Engkau tidak mengabaikan seorang jua pun daripada para nabi-Mu, rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang soleh, melainkan semuanya mendapat curahan kasih dan siraman anugerah-Mu yang maha agung.


AR-RISALAH BAB 43: RINDU (SYAUQ)

مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأَتٍ۬‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ 


Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Ankabut: 5)

'Atha'bin As-Sa'ib menuturkan bahawa ayahnya menceritakan kepadanya, "Suatu ketika Ammar bin Yasir mengimami kami solat dan dia mempercepatnya. "Aku berkata, “Anda tergesa-gesa dalam mengimami solat, wahai Abul Yaqzan.” Dia menjawab, “Hal itu tidak ada salahnya kerana aku memanjatkan kepadaAllah sebuah doa yang pernah kudengar dari Rasulullah saw.”

Ketika kami hendak pergi, salah seorang jamaah mengikutinya dan bertanya kepadanya tentang doa yang dibacanya itu. Dia pun mengulanginya,

Ya Allah, dengan ilmu-Mu tentang yang ghaib dan dengan kekuasaan-Mu atas semua makhluk, hidupkanlah aku jika Engkau tahu bahawa hidup itu membawa kebaikan untukku, dan matikanlah aku jika Engkau tahu bahawa mati itu membawa kebaikan untukku. Ya Allah, aku meminta kepada-Mu agar aku menjadi orang yang takut kepada-Mu dalam semua perkara, baik yang diketahui mahupun yang tidak diketahui. Aku meminta kepada-Mu [kemampuan untuk mengucapkan] perkataan yang adil ketika aku senang mahupun ketika aku marah. Aku meminta kepada-Mu kesederhanaan dalam kekayaan mahupun kemiskinan. Aku meminta kepada-Mu ketenangan dan kebahagiaan. Aku meminta kepada-Mu kerelaan dengan apa yang telah ditentukan untukku [di dunia ini], dan aku meminta kepada-Mu kehidupan yang diberkahi sesudah mati. Aku meminta agar dapat melihat wajah-Mu yang Agung. Aku meminta rindu kepada-Mu tanpa terkena bahaya atau [menjadi korban] godaan yang menipu. Ya Allah, hiasilah kami dengan keindahan iman. Ya Allah, hiasilah kami dengan keindahan iman. Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk mahupun penerima petunjuk.”

Rindu adalah keadaan kekacauan hati yang berharap untuk berjumpa dengan sang Kekasih. [Dalamnya] rindu sebanding dengan cinta si hamba kepada Tuhan. Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq membezakan antara rindu (syauq) dan hasrat yang berkobar (isytiyaq): rindu terlerai oleh perjumpaan dengan Tuhan dan memandang kepada-Nya, tetapi hasrat yang berkobar tetap berlanjut bahkan setelah perjumpaan terjadi.

Mengenai hal ini para sufi bersyair,

Mata tidak pernah berpaling ketika melihat-Nya -
Tanpa segera kembali kepada-Nya, dengan penuh hasrat.

An-Nasrabadhi menyatakan, "Semua orang mempunyai hasrat yang berkobar. Barangsiapa yang memasuki hasrat yang berkobar akan demikian tenggelam di dalamnya hingga tidak ada lagi bekas atau kesan yang tertinggal tentang dirinya."

Diceritakan bahawa Ahmad bin Hamid Al-Aswad datang kepada Abdullah bin Munazil dan berkata kepadanya- “Aku bermimpi engkau akan meninggal setahun lagi. Barangkali engkau harus bersiap-siap untuk mati” Abdullah bin Munazil menjawab, “Engkau memberiku waktu lama sekali, satu tahun penuh! Aku selalu menyukai syair yang kudengar dari Abu Ali Ats-Tsaqafi ini:

Wahai engkau yang menderita rindu kerana lama berpisah,
Bersabarlah. Esok engkau pasti akan bertemu dengan Kekasihmu.

Abu Utsman menuturkan, “Tanda rindu adalah cinta yang tenteram kepada kematian”. Yahya bin Muadz menyatakan, “Tanda rindu adalah membebaskan jasad dari hawa nafsu.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, “Pada suatu hari Dawud as pergi ke luar menuju padang pasir di mana Allah berwahyu kepadanya, “Wahai Dawud, bagaimana boleh Aku menemukanmu sendirian di sini?” Dawud menjawab, “Ya Allah, rinduku untuk bertemu dengan-Mu telah menghanguskan hatiku, aku tidak boleh lagi bersama-sama dengan manusia!”

Maka Allah lalu berfirman, “Kembalilah kepada mereka. Jika engkau hanya menunjuki satu orang hamba yang telah tersesat hingga dia kembali kepada-Ku, Aku akan menuliskan namamu di Lauh Mahfuzh sebagai seorang bijaksana yang besar.”

Diceritakan bahawa seorang pemuda yang termasuk dalam keluarga seorang wanita tua, kembali ke rumah setelah melakukan perjalanan. Semua anggota keluarganya bergembira kecuali si wanita tua, yang menangis. Orang-orang bertanya kepadanya, “Mengapa engkau menangis?” Dia menjawab, “Pulangnya pemuda ini mengingatkan aku pada hari kita akan kembali kepada Allah SWT.”

Ketika Ibn 'Atha' ditanya tentang rindu, dia menjawab, “Organ-organ dalaman terbakar, hati berkobar, dan jantung terpotong berkeping-keping.” Di kali yang lain dia ditanya, "Manakah yang lebih utama, rindu ataukah cinta?" Dia menjawab, “Cinta, kerana rindu lahir dari cinta." Salah seorang Sufi menyatakan, "Rindu adalah kobaran yang dinyalakan di dalam organ dalaman tubuh manusia; ia muncul kerana perpisahan [dengan Tuhan]. Manakala persatuan terjadi, maka kobaran itu padam, dan jika penyaksian atas sang Kekasih menguasai batin seseorang, maka rindu tidak akan menyatakan dirinya."

Salah seorang Sufi ditanya, “ Apakah engkau rindu kepada Allah?” Dia menjawab, "Tidak. Rindu hanyalah untuk orang yang tidak hadir sedang Dia selalu hadir."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berpendapat mengenai firman Allah,

قَالَ هُمۡ أُوْلَآءِ عَلَىٰٓ أَثَرِى وَعَجِلۡتُ إِلَيۡكَ رَبِّ لِتَرۡضَىٰ 

Nabi Musa menjawab: Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku. (Ta-Ha: 84)

Beliau mengatakan, "Maksud Musa adalah , "Aku bersegera kepada-Mu kerana rindu kepada-Mu," dan dia menyatakan hal itu dengan mengatakan, "Agar supaya Engkau redha kepadaku."

Beliau juga menyatakan, "Salah satu tanda rindu adalah keinginan untuk mati ketika dalam keadaan sihat dan gembira. Begitulah halnya Yusuf as. Ketika beliau dilemparkan ke dalam telaga, beliau tidak berkata kepada Allah, “Biarkanlah aku mati saja!” Ketika beliau dimasukkan ke dalam penjara, beliau tidak mengatakan, “,Biarkanlah aku mati saja!” Tetapi ketika orang tuanya datang kepadanya dan semua saudaranya bersujud kepadanya, beliau berkata,

رَبِّ قَدۡ ءَاتَيۡتَنِى مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِى مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِ‌ۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ تَوَفَّنِى مُسۡلِمً۬ا وَأَلۡحِقۡنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ 

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". (Yusuf: 101)

Mengenai hal ini para Sufi membacakan syair berikut,

Kami hidup penuh kegembiraan,
Tapi hanya melalui Engkau kegembiraan dapat sempurna.

Cacat yang ada, wahai orang-orang yang kucintai,
Adalah bahawa kamu semua, tidak hadir sedangkan kami hadir.

Mereka juga membacakan,

Siapakah yang dapat digembirakan dengan pesta ini -
Sebab aku tidak merasakan hebahagiaan hari ini.

Kegembiraanku hanya akan sempurna,
Jika orang-orang yang kucintai dekat denganku.

Ibn Khafif mengatakan, "Rindu adalah kenikmatan hati yang muncul dari perasaan kerohanian dan kecintaan untuk berjumpa dengan Allah dengan cara dekat [dengan-Nya]."

Abu Yazid berkata, “Allah mempunyai hamba-hamba tertentu, jika Dia tidak berkenan menganugerahkan penyaksian kepada mereka, maka mereka akan berdoa minta dikeluarkan saja dari syurga sebagaimana para penghuni neraka minta dikeluarkan dari neraka.”

Al-Husain Al-Ansari menuturkan, "Aku bermimpi hari Kiamat telah tiba. Kulihat ada seseorang yang berdiri di bawah Arasy. Allah SWT bertanya, "Wahai para malaikat-Ku, siapakah ini?" Mereka menjawab, "Engkaulah yang Maha Mengetahui." Dia berfirman, "Ini adalah Ma'ruf Al-Karkhi. Dia mabuk cinta dengan-Ku; dia hanya akan tersedar setelah berjumpa dengan-Ku." Riwayat lain tentang mimpi ini mengatakan, "Ini adalah Makruf Al-Karkhi. Dia meninggalkan dunia dalam keadaan rindu kepada Allah. Maka Allah lalu mengizinkannya menatap wajah-Nya."

Faris menegaskan, "Hati orang-orang yang dipenuhi dengan rindu disinari dengan cahaya Allah SWT. Manakala kerinduan mereka berdesir dalarn hati mereka, maka cahaya itu menerangi langit dan bumi, dan Allah lalu menunjukkan mereka kepada para malaikat, seraya berkata: "Inilah orang-orang yang rindu kepada-Ku. Aku memanggilmu semua untuk menyaksikan bahawa Aku juga rindu kepada mereka, bahkan lebih besar dari kerinduan mereka ini.”


Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menjelaskan mengenai ucapan Nabi saw, "Aku memohon kepada-Mu agar diberi rindu untuk berjumpa dengan-Mu" dengan mengatakan, " [Pada mulanya] rindu terdiri dari seratus bahagian. Nabi memiliki sembilan puluh sembilan bahagian darinya, dan yang satu bahagian dibagi-bagi di kalangan ummat manusia. Beliau juga menginginkan yang satu bahagian itu, kerana beliau cemburu jika satu bahagian rindu diberikan kepada orang lain."

Dikatakan, "Orang-orang yang menikmati berdekatan dengan Tuhan mempunyai kerinduan yang lebih penuh kepada-Nya daripada mereka yang terhijab dari-Nya." Demikianlah dikatakan:

Yang paling buruk dari semuanya adalah hasrat di satu hari,
Ketika tenda-tenda saling rnendekat.

Dikatakan juga, "Orang-orang yang dipenuhi dengan rindu tidak merasakan apa pun selain kemanisan pada saat datangnya maut, kerana kegembiraan mencapai [Kekasih mereka] telah diungkapkan kepada mereka sebagai lebih manis daripada madu."

As-Sari menyatakan, "Rindu adalah keadaan yang paling besar bagi seorang arif. Manakala dia mencapai kerinduan, dia menjadi lupa akan segala sesuatu yang mungkin akan memalingkannya dari sumber kerinduannya."

Mengenai firman Allah SWT,

مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأَتٍ۬‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ 

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Ankabut: 5)

Abu Utsman Al-Hirri menyatakan: "Ayat ini dimaksudkan untuk menenangkan hati mereka yang penuh dengan kerinduan. Ia bererti: "Aku tahu bahawa rindu kamu kepada-Ku begitu menenggelamkan. Aku telah menetapkan satu waktu bagi kamu untuk berjumpa dengan-Ku. Kamu semua akan segera datang kepada Dia yang kamu rindukan."

Dikatakan bahawa Allah SWT berwahyu kepada Dawud as, "Katakanlah kepada para pemuda Bani Israel, "Mengapa kamu menaruh perhatian kepada selain Aku di saat Aku rindu kepada kamu? Ini adalah kezaliman yang besar."

Dikatakan bahawa Dia juga berwahyu kepada Dawud, "Jika hanya mereka yang telah berpaling dari-Ku mengetahui betapa Aku telah menunggu mereka, melimpahkan kebaikan kepada mereka, dan merindukan agar mereka meninggalkan kemaksiatan terhadap-Ku, dan sendi-sendi mereka seakan meleleh kerana cinta kepada-Ku. Wahai Dawud, inilah cara-Ku bertindak terhadap mereka yang telah berpaling dari-Ku bayangkanlah bagaimana perlakuan-Ku terhadap mereka yang berpaling kepada-Ku."

Dikatakan bahawa dalam kitab Taurat tertulis, "Kami bangkitkan rindu dalam dirimu, namun engkau tidak rindu kepada Kami. Kami tanamkan rasa takut clalam dirimu, tapi engkau tidak takut kepada Kami, Kami menangisimu, tapi engkau sendiri tidak menangis.'

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, "Suatu ketika Syuib menangis hingga matanya buta. Allah SWT mengembaliknn penglihatannya. Dia menangis lagi sampai buta, Allah mengembalikan lagi penglihatannya. Sekali lagi dia menangis sampai buta, dan Allah mengembalikan lagi penglihatannya. Kemudian, Allah berfirman kepadanya, “Jika engkau menangis kerana syurga, maka yakinilah bahawa Aku telah mengizinkanmu memasukinya. Jika engkau menangis kerana neraka, maka yakinilah bahawa Aku telah menjadikanmu selamat darinya.'

Syuib menjawab, “Aku menangis bukan kerana hal-hal itu. Aku menangis kerana rindu kepada-Mu. Allah berwahyu kepadanya, “Kerana itu Aku menunjuk rasul dan kalim (yang diajak bicara)-Ku [Musa as] untuk melayanimu selama sepuluh tahun.” Dikatakan, “Barangsiapa rindu kepada Tuhan, maka segala sesuatu merindukannya.”

Ada hadith yang mengatakan, “Syurga merindukan Ali, Ammar dan Salman.” Salah seorang syeikh menyatakan, "Aku pergi ke bazaar, dan barang-barang di situ merindukan aku. Tetapi aku bebas dari mereka semua."

Malik bin Dinar menyatakan, “Aku membaca dalam Taurat, “ Kami bangkitkan rindu dalam dirimu tetapi engkau tidak rindu kepada Kami. Kami mainkan seruling untukmu, tetapi engkau tidak menari.”

Al-Junaid ditanya, "Apa yang membuat seorang pencinta menangis manakala dia bertemu dengan Kekasihnya?" Dia menjawab, “Itu hanya kerana kegembiraannya yang besar atas-Nya dan kerana kerohanian yang lahir dari rindunya yang besar kepada-Nya. Aku telah mendengar sebuah cerita tentang dua orang bersaudara yang saling berpelukan [setelah lama berpisah]. Yang satu berkata, Wahai kerinduan! dan yang lain menjawab, Wahai kerohanian!"

AR-RISALAH BAB 42: CINTA (MAHABBAH)


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ 


Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maidah: 54)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah akan senang bertemu dengannya. Dan barangsiapa yang tidak senang bertemu dengan Allah, maka AIIah pun tidak akan senang bertemu dengannya."

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah saw menuturkan bahawa Jibril as memberitahu bahawa Tuhannya SWT telah berfirman, "Barangsiapa yang menyakiti salah seorang wali-Ku, bererti telah memaklumkan perang kepada-Ku. Dan tidaklah Aku merasa ragu-ragu dalam melakukan sesuatu pun sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa hamba-Ku yang beriman, kerana dia membenci kematian dan Aku tidak suka menyakitinya, namun tidak ada jalan lari darinya. Cara yang paling baik bagi seorang hamba untuk mendekati-Ku adalah dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah Ku-perintahkan kepadanya. Dan sentiasa dia mendekat kepada-Ku dengan melakukan ibadah-ibadah sunnah sampai Aku menyintainya. Dan bagi barangsiapa yang Ku-cintai, maka Aku menjadi telinganya, matanya, tangannya dan aku mewakilinya."

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw telah mengatakan, “ Apabila Allah menyintai salah seorang hamba-Nya, maka Dia berfirman kepada Jibril, “Wahai Jibril, Aku menyintai orang ini, maka cintailah dia juga.” Jibril pun lalu menyintai orang itu, dan dia berseru kepada para malaikat lainnya, “Allah SWT menyintai orang ini, maka hendaklah kamu juga menyintainya.” Para malaikat pun lalu menyintai orang itu, dan dia pun diterima oleh manusia di muka bumi.”

Malik menyatakan, "Aku percaya bahawa beliau mengatakan sesuatu yang sama mengenai kebencian Allah kepada seorang hamba."

Cinta adalah keadaan yang mulia yang telal dikukuhkan Allah sebagai sifat yang menjadi milik si hamba, dan Dia telah memaklumkan cinta-Nya kepada si hamba. Jadi Allah SWT disifatkan sebagai mencinta si hamba, dan si hamba disifatkan sebagai mencinta Allah.

Para ulama berpendapat bahawa cinta bererti kehendak atau hasrat. Tetapi kaum sufi memaksudkannya sebagai sesuatu yang lain dari kehendak yang sederhana manakala mereka berbicara tentang cinta. Hasrat tidak dapat dinisbahkan kepada Yang Abadi kecuali jika dengan menggunakan perkataan itu si hamba memaksudkan hasrat untuk membawa manusia mendekati Tuhan dan untuk memuliakan-Nya. Kamj akan membahas masalah ini secara singkat untuk mendukung pendapat para Sufi ini, Insya Allah.

Cinta Allah kepada si hamba adalah kehendak-Nya untuk melimpahkan rahmat secara khusus kepada seorang hamba tertentu, sebagaimana kasih sayang-Nya kepadanya adalah kehendak-Nya yang lebih umum untuk melimpahkan rahmat. Jadi rahmat mengandungi makna yang lebih khusus daripada kehendak, dan cinta mengandungi makna yang lebih khusus daripada rahmat. Kehendak Allah untuk memperluaskan pahala dan anugerah kepada si hamba disebut "rahmat," dan kehendak-Nya untuk menganugerahkan berdekatan dan keadaan yang luhur kepadanya disebut "cinta." Kehendak Allah adalah suatu sifat yang mengambil nama-nama yang berbeza menurut berbagai tindakan yang kepadanya sifat itu dikaitkan. Jika ia dikaitkan dengan hukuman, maka ia disebut “kemurkaan”. Jika ia dikaitkan secara khusus dengan anugerah-anugerah yang dilimpahkan secara universal, ia disebut "kasih rayang." Jika ia dikaitkan dengan anugerah-anugerah yang dilimpahkan secara khusus, ia disebut "cinta."

Sebahagian orang mengatakan, "Cinta Allah kepada seorang hamba terdiri dari pujian Allah kepadanya, dan ia menuju Allah terus-menerus.” Maksud cinta Allah kepada hamba menurut pandangan ini, iaitu kembali kepada ucapan-ucapan-Nya, dan ucapan-ucapan-Nya adalah abadi.

Sebahagian orang mengatakan, "Cinta Allah kepada si hamba terdiri dari sifat-sifat tindakan-Nya, sebagai manifestasi khusus kebaikan yang dengannya si hamba berjumpa dengan Tuhan dan keadaan khusus yang kepadanya Dia menaikkan si hamba."

Sebagaimana telah dijelaskan oleh salah seorang Sufi, "Rahmat Allah kepada si hamba berupa tindakan-Nya melimpahkan anugerah kepadanya."

Sekelompok kaum salaf menyatakan, "Kasih sayang Tuhan merupakan sifat yang disebut-sebut di dalam hadith." Mereka menggunakan kata tersebut tetapi tidak bersedia menafsirkannya. Di samping kemungkinan-kemungkinan tersebut di atas mengenai makna cinta Tuhan kepada si hamba adalah jenis-jenis cinta yang dialami dikalangan manusia, seperti menyintai sesuatu, merasakan kesenangan yang akrab dengan sesuatu, atau merasakan apa yang dirasakan oleh seorang manusia pencinta kepada kekasihnya; tetapi Allah Yang Baqa SWT melampaui semua jenis cinta ini. Mengenai cinta si hamba kepada Tuhan, itu adalah keadaan yang dialami dalam hatinya, yang terlalu pelik untuk dikatakan. Keadaan ini mendorong si hamba memahasucikan Tuhan dan berusaha memperoleh keredhaan-Nya.

Si hamba hanya memiliki sedikit saja kesabaran dalam berpisah dengan-Nya, merasakan kerinduan yang mendesak kepada-Nya, tidak menemukan kenyamanan dalam sesuatu pun selain-Nya, dan mengalami keakraban dalam hatinya dengan melakukan dzikir yang terus menerus kepada-Nya. Cinta si hamba kepada Tuhannya tidak menyiratkan kasih sayang atau kenikmatan dalam pengertian manusiawi. Bagaimana hal ini dapat terjadi jika esensi kemandirian Tuhan yang abadi melampaui semua hujung, pandangan dan pemahaman?

Menggambarkan si pencinta sebagai musnah dalam Sang Kekasih adalah lebih sesuai daripada menggambarkannya sebagai memperoleh kenikmatan pada-Nya. Tidak ada gambaran yang lebih jelas atau lebih mudah difahami tentang cinta daripada cinta itu sendiri. Orang terlibat dalam pembicaraan yang panjang lebar tentang masalah tersebut hanya jika timbul kesulitan-kesulitan, tetapi sekali kesamaran dan kekeliruan menghilang, maka tidak ada lagi keperluan untuk melibatkan diri dalam penafsiran kata-kata.

Orang telah berbicara banyak tentang cinta dan berspekulasi tentang etimologinya.

Dikatakan, "Cinta (hubb) adalah nama bagi jenis cinta yang paling murni, dan rasa sayang sebab orang Arab mengatakan tentang gigi yang paling putih 'habab al-asnan’. Dikatakan "Hubab adalah gelembung-gelembung yang terbentuk di atas permukaan air ketika hujan besar, jadi 'cinta (mahabbah) adalah menggelembungnya hati ketika ia haus dan berputus-asa untuk bertemu dengan kekasihnya."

Dikatakan juga, "Habab alma' adalah permukaan air yang paling tinggi. Cinta dinamakan mahabbah kerana ia adalah perhatian yang paling tinggi dari hati."Dikatakan, "Cinta disebut 'cinta kerana orang mengatakan ahabba untuk menggambarkan seekor unta yang berlutut dan menolak untuk bangkit lagi. Maka demikian pula, sang pencinta (mukibb) tidak akan menggerakkan hatinya menjauh dari mengingat kekasihnya (mahbub). "

Dikatakan, "Cinta (hubb) berasal dari kata 'hibb' yang bererti 'anting-anting.' Mengenai ini seorang penyair mengatakan,

Rambutnya yang seperti ular menjulur-julurkan lidahnya.
Menghabiskan malam di samping anting-anting,
mendengarkan rahsia - rahsia.

Dalam syair di atas, digunakan kata 'hibb' untuk anting-anting dikeranakan posisinya yang tetap ditelinga, atau kerana caranya bergoyang-goyang. Kedua maksud ini berlaku juga pada 'cinta’.

Dinyatakan, "'Cinta' diambil dari kata 'habb' (biji-bijian, mufradnya habbah), dan habbat al-qalb adalah apa yang seumpamanya. Dengan demikian'cinta [hubb] dinamakan hubb dikeranakan ia tersimpan dalam habbat al-qalb." Dikatakan, "Kata-kata untuk 'biji-bijian' dan 'cinta' [habb dan hubb] hanyalah pelbagai pembacaan dari satu [erti yang sama], seperti halnya kata-kata untuk 'masa hidup' (‘amr dan'umr)."

Dikatakan juga, "Kata 'cinta' berasal dari kata ‘hibbah’ yang bererti biji-bijian dari padang belantara. Cinta dinamakan 'habb' kerana ia adalah benih kehidupan, sebagaiman ‘habb' adalah benih tanaman." Dikatakan, 'Hubb' adalah keempat sisi di mana wadah air ditempatkan. Cinta dinamakan 'hubb' kerana ia memikul beban kejayaan mahupun kehinaan yang muncul dalam kesanggupan mencari sang kekasih.' Dikatakan juga, "Cinta berasal dari kata 'hibb' (kendi air) kerana ia berisi air, dan manakala ia penuh, tidak ada lagi tempat untuk sesuatu yang lain. Demikian pula, bilamana hati telah penuh dengan cinta, tidak ada lagi tempat di dalamnya untuk apa pun selain dari kekasih."

Ucapan-ucapan para syeikh tentang cinta banyak sekali. Salah seorang Sufi mengatakan, "Cinta adalah sentiasa berpaling kepada sang Kekasih dengan hati yang merasa kerana cinta."

Dikatakan, "Cinta bererti mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi." Dikatakan, "Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan sang Kekasih, baik dia hadir di sisi-Nya ataupun berada jauh dari-Nya.”

Dikatakan, "Cinta adalah penghapusan oleh si pencinta atas sifat-sifatnya dan peneguhan Sang Kekasih dalam dzat-Nya."

Dikatakan, "Cinta adalah kesesuaian hati dengan keinginan Rabb.” Dikatakan juga, "Cinta bererti seseorang merasa takut kalau-kalau dia kurang hormat manakala melaksanakan sebuah pengabdian."

Abu Yazid Al-Bistami berpendapat, "Cinta adalah mengabaikan hal-hal yang sebesar apa pun yang datang dari dirimu, dan memandang besar hal-hal sekecil mana pun yang datang dari Kekasihmu." Sahl menyatakan "Cinta bererti memeluk kepatuhan [kepada sang Kekasih] dan berpisah dari ketidak patuhan [terhadap-Nya]." Ketika A]-Junaid ditanya tentang cinta dia mengatakan, "Cinta bererti sang kekasih mengambil sifat-sifat Kekasihnya dan membuang sifat-sifatnya sendiri." Di sini Al-Junaid menunjukkan betapa hati si pencinta disentap oleh ingatan kepada sang Kekasih hingga tidak satu pun yang tertinggal selain ingatan akan sifat-sifat sang Kekasih, hingga si pencinta lalai dan tidak sedar akan sifat-sifatnya sendiri.

Abu Ali Ar-Rudzbari menyatakan, "Cinta adalah kesesuaian dengan [keinginan sang Kekasih].” Abu Abdullah Al-Qurasyi menyatakan, "Hakekat cinta bererti bahawa engkau memberikan segenap dirimu kepada Dia yang kau cintai hingga tidak sesuatu pun yang tinggal dari dirimu untuk dirimu sendiri." Asy-Syibli menjelaskan, "Cinta disebut 'rnahabbah' kerana ia melenyapkan segala sesuatu dari hati, selain sang Kekasih." Ibn 'Atha' mengatakan, "Cinta bererti mengundang celaan yang tidak henti-hentinya."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menegaskan, "Cinta adalah kemanisan, tetapi hakekatnya adalah kebingungan."

Beliau juga mengatakan, "Cinta yang berkobar-kobar ('isyq) melampaui semua batas dalam mahabbah. Allah SWT tidak dapat digambarkan sebagai melampaui batas, jadi Dia tidak dapat disifatkan sebagai memiliki 'isyq terhadap sesuatu. Jika cinta seluruh ummat manusia digabung menjadi satu dalam diri seorang manusia, maka cinta itu akan masih sangat jauh dari ukuran cinta yang seharusnya di persembahkan kepada-Nya. Janganlah hendaknya dikatakan, “Orang ini telah melampaui semua batas dalam mencintai Allah.” Allah tidak dapat dikatakan memiliki sifat cinta yang berkobar-kobar, tidak pula si hamba dapat digambarkan sebagai memilikinya dalam hubungannya dengan Tuhan. Cinta yang berkobar-kobar tidak dapat digunakan dalam menggambarkan hubungan antara manusia dengan Tuhan, sebab tidak ada dasar untuk mengaitkan hal itu dengan Tuhan, baik dari Dia kepada si hamba ataupun dari hamba kepada Tuhan."

Asy-Syibli menyatakan, "Cinta bererti engkau cemburu demi Sang Kekasih jangan-jangan seorang manusia sepertimu juga mencintai-Nya.” Ketika ditanya tentang cinta, Ibn'Atha' menjawab, "Cinta adalah bibit kecil yang ditanamkan dalam hati, yang berbuah sesuai dengan kemampuan akal." An-Nasrabadhi berpendapat, "Satu macam cinta mencegah pertumpahan darah sedang macam yang lain menyebabkan pertumpahan darah."

Samnun menyatakan, "Para pecinta Tuhan telah membawa kemuliaan di dunia dan di akhirat, sebab Nabi saw telah berkata, “Seseorang akan bersama dengan yang dicintainya, dan mereka bersama Allah SWT."

Yahya bin Muadz menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa ia tidak akan berkurang manakala seseorang mengalami kesulitan, tidak pula bertambah jika dia disuguhi kebaikan." Dia juga mengatakan, "Orang yang mendakwakan diri mencintai Tuhan adalah pendusta jika dia mengabaikan batas-batas yang ditetapkan-Nya." Al-Junaid menegaskan, "Jika cinta seseorang itu sahih, maka-ketentuan mengenai adab menjadi tidak berlaku." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengarang syair berikut tentang ucapan Al-Junaid,

Jika kasih sayang di kalangan manusia itu murni,
Dan cinta di kalangan mereka suci, nescaya saling puji di antara mereka tidak disukai.

Al-Junaid juga mengatakan, "Engkau tidak akar menjumpai seorang ayah yang baik memanggil anaknya dengan panggilan yang penuh penghormatan, sementara orang lain menggunakan sebutan yang penuh kesopanan untuk memanggil anaknya itu. Si ayah biasanya akan memanggil, “Hai fulan!"

Al-Kattani berkata, "Cinta adalah mengutamakan sang Kekasih [atas diri sendiri]." Bundar binAl-Husain menuturkan, "Seseorang bermimpi melihat Majnun dari Banu Amir dan bertanya kepadanya, “Apa yang telah dilakukan Tuhan terhadapmu?' Majnun menjawab, “Dia telah mengampuniku dan menjadikanku sebagai ada keupayaan terhadap para pecinta."

Abu Yaaqub As-Susi menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa si hamba melupakan bahagian yang telah ditakdirkan baginya dari Tuhan dan juga keperluannya akan Dia di dunia ini." Al-Husain bin Mansur menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa engkau selalu tinggal bersama Kekasihmu dan membuang sifat-sifatmu sendiri."

Seseorang mengatakan kepada An-Nasrabadhi, "[Mereka mengatakan] bahawa engkau belum pernah mengalami cinta." Dia menjawab, “Mereka benar. Tetapi aku memiliki kesedihan mereka, dan dalam hal itu aku terbakar.”

Dia juga mengatakan, "Cinta adalah menghindari kelalaian dalam semua keadaan." Kemudian dia bersyair:

Orang yang hasratnya memanjang merasakan semacam kelupaan,
Tapi aku tidak merasakan kelupaan kepada Laila.
Semakin dekat aku bersatu dengannya.
Terbentuk dari keinginan yang tidak terwujud,
berlalu bagaikan kilat.

Muhammad bin Al-Fadhl mengatakan, "Cinta bererti semua cinta, selain cinta sang Pencinta, lenyap dari hati." Al-Junaid menyatakan, “Cinta adalah perjuangan berterusan [demi Kekasih] tanpa hujung.” Dikatakan, “Cinta adalah gangguan yang ditempatkan oleh sang Kekasih dalam hati.” Dikatakan juga, "Cinta adalah goncangan besar yang ditempatkan dalam hati oleh Dia yang mereka hasratkan."

Ibn 'Atha' membacakan syair,

Kutanam satu cabang nafsu bagi orang-orang yang bercinta.
Dan tidak seorang pun tahu, sebelum aku, apa nafsu itu.

Ia menumbuhkan cabang-cabang, dan kerinduan sensual mematang.
Dan meninggalkan aku dengan rasa pahit dari buah-buahan yang manis.

Hasrat dari semua pencinta yang berkobar;
Jika mereka menelusurinya, datang dari sumber itu.

Dikatakan, “Awal mula cinta adalah penipuan, dan akhirnya pembunuhan.” Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq memberikan pandangan tentang hadith Nabi saw "Ia membutakan seseorang terhadap orang lain kerana cemburu, dan terhadap sang Kekasih kerana gentar." Kemudian beliau membacakan syair:

Jika kebesaran-Nya yang melimpah tidak nampak olehmu,
Nescaya aku akan diusir kembali dalam keadaan yang sama dengan orang yang belum pernah sampai -

Al-Harits Al-Muhasibi menjelaskan, "Cinta cenderung kepada sesuatu dengan segenap wujudmu, kemudian mengutamakannya atas dirimu sendiri, jiwamu sendiri, atau harta bendamu, kemudian berada dalam keserasian dengannya, baik secara lahir mahupun batin, kemudian mengetahui bahawa engkau masih berkekurangan dalam cintamu kepadanya"

As-Sari menyatakan, "Cinta antara dua pihak tidaklah sempurna sampai salah satunya dapat mengatakan kepada yang lain, “Wahai Diriku.” Asy-Syibli mengatakan, "Sang pecinta akan binasa jika berdiam diri, tetapi sang arif akan binasa jika tidak berdiam diri." Dikatakan, "Cinta adalah api dalam hati yang membakar segala sesuatu selain kehendak sang Kekasih'" Dikatakan juga, "Cinta adalah upaya besar sementara sang Pencinta melaksanakan kehendak sang Kekasih." An-Nuri mengatakan, "Cintabererti merobek tabir dan menyingkap rahsia-rahsia."

Abu Yaaqub As-Susi berkata, "Cinta hanya dapat dianggap benar jika orang telah meninggalkan kesedaran akan sang Kekasih dengan melupakan ilmu tentang cinta." Al-Junaid menuturkan, "As-Sari memberikan sepotong kertas kepadaku dan berkata,'Ini lebih baik bagimu daripada tujuh ratus kisah saleh atau hadith yang mengangkat [semangat].'

Pada kertas itu tertulis syair:

Ketika aku mengaku cinta kepadanya, dia berkata, 'Engkau berdusta kepadaku,'
Sebab apa yang harus kulakukan jika aku melihat anggota badanmu yang bulat penuh dan indah?

Tidak akan ada cinta sampai hati melekat pada organ-organ dalam.
Dan engkau mengering layu sampai tidak ada yang tinggal untuk menjawab sang penyeru,

Dan engkau tersia-sia sampai tidak ada lagi hasrat yang tinggal,
Selain mata yang menangis dan membisikkan hepadaku rahsiamu."

Ibn Masruq berpendapat, "Aku hadir ketika Samnun sedang berbicara tentang cinta, dan semua lampu di masjid lalu berguguran." Ibrahim bin Fatik menuturkan, "Suatu ketika aku sedang mendengarkan Samnun berbicara tentang cinta ketika seekor burung kecil datang dan bergerak ke arahnya. Ia terus mendekat hingga akhirnya duduk di tangannya. Kemudian ia mematuk-matukkan paruhnya ke lantai sampai darah mengalir dari mulutnya dan ia mati."

Al-Junaid menjelaskan, "Semua cinta adalah untuk satu tujuan. Jika tujuan itu tidak ada lagi, maka cinta pun akan berhenti." Diceritakan bahawa sekelompok orang datang mengunjungi Asy-Syibli ketika dia sedang dikurung di rumah sakit jiwa. Dia bertanya, "Siapa kamu ini?" Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang yang mencintaimu, wahai Abu Bakr!” Kemudian dia mulai melempari mereka dengan batu, dan mereka pun lari. Dia lalu berkata, “Jika kamu benar-benar mencintaiku, tentu kamu akan bersabar menghadap ujianku."

Lalu dia bersyair,

Wahai Tuan yang mulia, cinta kepadamu tersimpan dalam hatiku.
Wahai engkau yang menghilangkan tidur dari kelopak mataku,
engkau tahu semua yang menimpaku.

Yahya bin Muadz menulis kepada Abu Yazid, "Aku mabuk kerana minuman yang kuteguk dari cangkir cinta-Nya." Abu Yazid membalas, "Orang lain telah meminum lautan langit dan bumi namun rasa hausnya belum terpuaskan. Lidahnya menjulur dan dia me mohon, 'Apakah masih ada lagi?"

Para Sufi membacakan syair berikut,

Aku takjub terhadap orang yang berkata, "Aku mengingat-ingat kekasihku. "
Bagaimana aku dapat melupakan dan masih punya sesuatu untuk diingat?

Aku mati, tapi bila aku mengingat-Mu, aku hidup kembali.
Kalaulah bukan kerana harapanku akan Engkau, nescaya ahu tidak akan hidup.

Aku hidup dengan hasratku, dan aku mati kerana rindu.
Berapa kali aku telah hidup melalui harapan akan Engkau, dan berapa kali pula aku telah mati!

Aku meminum, cinta cangkir demi cangkir,
Namun si cangkir tetap saja penuh dan penuh lagi dan hausku pun tidak pernah reda.

Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada'Isa as, "Jika Aku melihat kepada hati seseorang dan Aku tidak menemukan cinta di dalamnya terhadap dunia ini ataupun akhirat, maka Aku akan memenuhinya dengan cinta-Ku.

Saya melihat kisah berikut ini ditulis oleh Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq, "Salah satu kitab wahyu mengatakan, “ Wahai hamba-Ku, engkau mempunyai hak atas cinta-Ku, maka adalah hak-Ku bahawa engkau menyintai-Ku!”

Abdullah bin Mubarak menyatakan, "Barangsiapa dianugerahi satu bahagian cinta tapi tidak dianugerahi sejumlah rasa takut yang sama, bererti telah tertipu." Dikatakan, "Cinta menghapus semua bekas dirimu dari dirimu."

Dikatakan pula, "Cinta adalah keadaan mabuk; kesedaran hanya datang dengan melihat sang Kekasih. Tetapi kemabukan yang muncul kerana melihat Kekasih justru tidak dapat dilukiskan." Para Sufi membacakan syair berikut:

Cangkir diedarkan, dan mereka pun mabuk,
Tapi mabukku datang dari si pembawa cangkir itu sendiri

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq sering membacakan syair berikut:

Aku menikmati dua keadaan mabuk sedangkan teman-teman minumku hanya satu.
Hanya akulah di antara mereka yang mendapat anugerah itu.

Ibn 'Atha' mengatakan, " Cinta bererti mengundang celaan yang terus- menerus". Syeikh Abu Ali mempunyai seorang budak perempuan bernama Fairuz yang beliau cintai. Beliau mengatakan kepadaku, "Pada suatu hari Fairuz menghinaku, dengan mengucapkan kata-kata yang kasar dan kesat. Abul Hasan Al-Qari' bertanya kepadanya, “Mengapa engkau membuat Syeikh marah?” Dia menjawab, "Kerana saya mencintainya."

Yahya bin Muadz menyatakan- "Aku lebih suka memiliki cinta sebesar debu daripada ibadah selama tujuh puluh tahun tanpa cinta."

Diceritakan bahawa seorang pemuda memandang kepada orang-orang yang berkumpul pada hari raya dan bersyair,

Hendaklah orang yang ingin mati seperti pecinta mati seperti ini -
Cinta tanpa kematian tidaklah ada gunanya.

Kemudian dia melemparkan dirinya dari atas loteng rumah dan mati. Diceritakan bahawa seorang laki-laki dari India menaruh cinta yang berkobar-kobar kepada seorang budak perempuannya. Pada suatu hari si budak meninggalkannya, dia ke luar untuk mengucapkar selamat berpisah kepadanya. Air mata mengalir dari salah satu matanya, tapi matanya yang satu lagi tidak mengeluarkan air mata. Selama lapan puluh empat tahun dia menutup mata yang tidak menangis itu sebagai hukuman kerana tidak menangis ketika kekasihnya pergi.

Mengenai hal ini para sufi bersyair;

Mataku menangis di pagi hari kita berpisah,
Namun mata yang kikir menolak menangis.

Maha kuhukum mata yang kikir itu -
Dengan menutupnya di hari ketika kami saling mengucapkan selamat berpisah.

Salah seorang Sufi berkata, "Pada suatu hari ketika kami sedang berbincang-bincang dengan Dzun Nun Al-Mishri tentang cinta, dia meminta, ‘Tinggalkanlah pembicaraan ini, agar orang lain tidak mendengarmu dan mendakwakan dirimu [tahu] tentang cinta."' Kemudian dia bersyair:

Takut sesuai buat pelaku kejahatan ketika dia meratap, dan sedih,
Sementara cinta sesuai buat mereka yang saleh dan benar-benar suci.

Yahya bin Muadz menyatakan, "Siapa pun yang menyebarkan cinta di kalangan orang-orang yang asing terhadapnya, adalah pendusta dalam pernyataannya” Dikatakan bahawa seorang laki-laki menyatakan bahawa dia mencintai seorang pemuda. Suatu ketika si pemuda berkata kepadanya, "Bagaimana engkau dapat mencintaiku sementara saudaraku lebih tampan dan gagah dariku?" Laki-laki itu mengangkat kepalanya mencari-cari saudara si pemuda itu. Mereka berdua sedang berada di atas atap rumah, dan si pemuda lalu melemparkan laki-laki itu ke bawah, sambil berkata, “ Inilah balasan bagi orang yang menyatakan cinta kepadaku tapi lalu mencari-cari yang lain!"

Samnun lebih mengutamakan cinta daripada makrifat, tetapi kebanyakan sufi mengutamakan makrifat atas cinta. Menurut mereka yang telah mencapai hakekat, cinta bererti lebur ke dalam keadaar kemanisan, dan makrifat bererti menyaksikan dalam keadaan bingung dan terhapus dalam kegentaran.

Abu Bakr Al-Kattani menuturkan, “Persoalan cinta sedang dibicarakan di antara para syeikh di Makkah selama musim haji. Al-Junaid adalah orang termuda yang hadir. Mereka memanggilnya suatu kali, dan bertanya kepadanya, “Hai, orang Iraq, katakanlah kepada kami apa pendapatmu.” Al-Junaid menundukkan kepalanya dan menangis, kemudian menjawab, 'Cinta adalah seorang pelayan yang meninggalkan jiwanya dan melekatkan dirinya pada dzikir kepada Tuhannya, mengukuhkan diri dalam melaksanakan perintah-perintah Tuhan dengan kesedaran yang terus-menerus akan Dia dalam hatinya. Cahaya Dzat-Nya membakar hatinya dan dia ikut meminum minuman suci dari cangkir cinta-Nya. Yang Maha Kuasa terungkapkan kepadanya dari balik tabir alam ghaib-Nya, hingga manakala dia berbicara, dia berbicara dengan perintah Allah, dan apa yang dikatakannya adalah dari Allah. Manakala dia bergerak, dia bergerak dengan perintah Allah, dan manakala dia diam, maka diamnya itu adalah bersama Allah. Dia berbuat melalui Allah, dia milik Allah, dia bersama Allah.” Mendengar kata-kata Al-Junaid itu, semua syeikh itupun menangis, dan berkata, 'Tak ada lagi yang perlu dikatakan. Semoga Allah menguatkanmu, wahai mahkota para arifin!"

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berwahyu kepada Dawud as, "Aku telah melarang cinta untuk-Ku memasuki hati manusia jika cinta kepada selain Aku juga punya tempat di dalamnya."

Abul Abbas, pelayan Al-Fudhail bin Iyadh, menuturkan, "Suatu ketika Al-Fudhail menderita sakit kencing manis. Dia mengangkat kedua tangannya ke atas dan berdoa, “Ya Allah, demi cintaku kepada-Mu, lepaskanlah penyakit ini dariku.” Begitu kami berpisah untuk pergi, dia pun sembuh."

Saya mendengar Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan bahawa cinta bererti lebih mengutamakan orang lain daripada diri sendiri, seperti halnya isteri curang ketika dia menyesali apa yang telah dilakukannya, dengan menjelaskan,

قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡـَٔـٰنَ حَصۡحَصَ ٱلۡحَقُّ أَنَا۟ رَٲوَدتُّهُ ۥ عَن نَّفۡسِهِۦ وَإِنَّهُ ۥ لَمِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ 

Isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi dia telah menolak); dan sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang benar. (Yusuf: 51)

Sebelumnya dia telah mengatakan [di hadapan suaminya setelah dia mencuba menggoda Yusuf],

وَٱسۡتَبَقَا ٱلۡبَابَ وَقَدَّتۡ قَمِيصَهُ ۥ مِن دُبُرٍ۬ وَأَلۡفَيَا سَيِّدَهَا لَدَا ٱلۡبَابِ‌ۚ قَالَتۡ مَا جَزَآءُ مَنۡ أَرَادَ بِأَهۡلِكَ سُوٓءًا إِلَّآ أَن يُسۡجَنَ أَوۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ 

Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". (Yusuf: 25)

Jadi, mula-mula dia menuduhYusuf telah berbuat jahat, tetapi akhirnya dia menyalahkan dirinya sendiri atas pengkhianatannya itu.

Abu Sa'id Al-Kharraz mengatakan, "Aku bermimpi bertemu dengan Nabi saw dan berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, maafkanlah saya. Cinta saya kepada Allah telah memenuhi kalbu saya dan tidak menyisakan tempat bagi cinta kepada Tuan.” Beliau menjawab, “Rahmat Allah atasmu. Barangsiapa menyintai Allah, bererti mencintaiku.”

Diceritakan bahawa Rabiah meminta dalam munajahnya, “Ya Allah, akankah Engkau membakar di neraka sebuah hati yang menyimpan cinta kepada-Mu?” Atas doanya itu, sebuah suara ghaib menjawab, "Kami tidak akan melakukan hal seperti itu. Janganlah engkau menyangka begitu jelek terhadap Kami."

Dikatakan, “Kata 'cinta' (hubb) terdiri dari dua huruf, ha' dan ba', yang menunjukkan bahawa si pencinta meninggalkan jiwanya sendiri (roh) dan juga jasadnya (badan).” Sebagaimana dinyatakan oleh pendapat umum di kalangan para sufi, cinta adalah penyesuaian yang harmoni [dengan sang Kekasih] dan cara yang paling berat dalam hal ini adalah melalui hati. Cinta itu sendiri mengakhiri perpisahan hingga si pecinta bersama dengan Kekasihnya.

Mengenai masalah ini ada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy'ari yang mengatakan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi saw: "Dapatkah seseorang mencintai suatu kaum tapi tidak berkumpul dengan mereka?" Nabi menjawab, "Seseorang bersama dengan yang dicintainya."

Abu Hafs menegaskan, "Keadaan-keadaan yang rosak kebanyakan timbul dari hal-hal berikut: dosa para 'arifin, pengkhianatan para pencinta [Tuhan], dan dustanya para salik."

'Abu Utsman menyatakan, "Dosa para 'arifin adalah menggunakan ucapan, penglihatan, dan pendengaran mereka untuk melayani perjuangan-perjuangan duniawi dan memperoleh keuntungan darinya. Pengkhianatan para pencinta [Tuhan] adalah mengutamakan hawa nafsu mereka sendiri atas keredhaan Allah SWT dalam urusan-urusan mereka. Dusta para salik adalah bahawa mereka lebih peduli terhadap kesedaran akan manusia dan perhatian mereka daripada dzikir kepada Allah." .

Abu Ali Mamsyad bin Sa'id Al-'Ukbari menuturkan, “Seekor burung pipit jantan cuba mencumbui seekor burung pipit betina di bawah kubah Sulaiman as, tetapi si betina menolak. Si jantan bertanya kepadanya, “ Bagaimana kamu dapat menolakku sedangkan jika aku mahu, aku dapat membuat kubah ini runtuh menimpa Sulaiman?' [Mendengar ucapan burung itu] Sulaiman lalu memanggilnya dan menanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu berkata begitu?” Si burung menjawab, “Wahai Nabi Allah, ucapan-ucapan yang keluar dari mulut seorang pecinta tidak dapat dituntut terhadap mereka.” Sulaiman menjawab, “Perkataanmu memang benar.”

AR-RISALAH BAB 41: MENGENAL ALLAH (MAKRIFAH)

Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa Nabi saw telah mengatakan, "Landasan sebuah rumah adalah asasnya. Landasan agama adalah pengenalan langsung terhadap Allah, keyakinan, dan akal yang menjaga dari kekeliruan." Aisyah lalu bertanya, "Semoga ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, apakah akal yang menjaga dari kekeliruan itu?" Beliau menjawab, "Menahan diri dari ketidak-patuhan terhadap Allah dan bersemangat dalam mentaati-Nya."

Ditinjau dari segi bahasa, para ulama mengertikan makrifat (ma'rifah) sebagai ilmu ('ilm). Jadi dalam pandangan mereka semua ilmu adalah makrifat, dan semua makrifat adalah ilmu, dan setiap orang yang mempunyai ilmu (alim) tentang Tuhan adalah seorang arif (ahli makrifat), dan sebaliknya.

Tetapi di kalangan Sufi, makrifat adalah sifat dari orang yang mengenal Allah SWT dengan nama-nama serta sifat-sifat-Nya dan berlaku tulus kepada Allah dengan perbuatan-perbuatannya, yang lalu mensucikan dirinya dari sifat-sifat yang rendah serta cacat-cela, yang berdiri lama di pintu, dan yang sentiasa mengundurkan hatinya (dari hal-hal duniawi). Kemudian dia menikmati berdekatan dengan Tuhan, yang mengukuhkan ketulusannya dalam semua keadaannya.

Godaan jiwanya berhenti, dan dia tidak mencondongkan hatinya kepada fikiran apa pun yang akan memancing perhatiannya kepada selain Allah, sebab, ketika dia menjadi orang asing bagi manusia dan bebas dari petaka-petaka jiwanya, ketika dirinya telah suci dari rasa gembira, dan perhatian terhadap selain Allah, ketika munajat-munajatnya dengan Allah SWT secara rahsia bersifat berterusan, ketika dia yakin akan setiap kilasan dari Allah dan akan kembalinya dia kepada-Nya, dan ketika Allah SWT mengilhamkannya dengan membuatnya menyedari akan rahsia-rahsia-Nya mengenai takdirnya, maka dia pada saat itu, disebut seorang arif dan keadaannya disebut makrifat' Singkatnya, darjat makrifat yang akan dicapainya ditentukan oieh darjat di mana dia terasing dari dirinya sendiri.

Manakala para syeikh berbicara tentang makrifat, maka masing-masing dari mereka mengemukakan pengalamannya sendiri dan menunjukkan apa yang datang kepadanya pada saat tertentu.

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, "Salah satu tanda makrifat adalah dicapainya rasa gentar. Bagi orang yang makrifatnya meningkat, maka rasa gentarnya kepada Allah juga meningkat."

Beliau juga menyatakan, "Makrifat membawa ketenteraman dalam hati, sebagaimana pengetahuan membawakan kedamaian. Jadi, orang yang makrifatnya bertambah, maka bertambah pula ketenteramannya."

Asy-Syibli berpendapat, "Bagi sang arif, tidak ada ikatan, bagi sang pencinta tidak ada kesedihan, bagi sang hamba tidak ada tuntutan, bagi orang yang takut kepada Allah tidak ada kelegaan, dan bagi setiap orang tidak ada jalan lari dari Allah." Ketika Asy-Sibli ditanya tentang makrifat, dia menjawab: “Yang pertama daripadanya adalah Allah SWT dan yang terakhir tidak mempunyai hujung.”

Abu Hafs berkata, "Sejak aku mencapai makrifat, tidak ada lagi kebenaran atau pun kebatilan yang memasuki hatiku."

Ucapan Abu Hafs ini tidak mudah difahami. Mungkin sekali Abu Hafs menunjukkan bahawa dalam pandangan sufi, makrifat menjadikan si hamba kosong dari dirinya sendiri kerana dia dilimpahkan oleh dzikir kepada-Nya dan dengan demikian tidak melihat apa pun selain Allah SWT, tidak pula dia berpaling kepada selain Dia. Sebagaimana seorang yang berakal berpaling kepada hati dan bahagian-bahagian bayangan dan ingatannya berkenaan dengan fikiran-fikiran yang datang ke dalam benaknya atau keadaan-keeadaan yang ditemuinya, maka sandaran sang arif adalah Tuhannya. Jika seseorang disibukkan dengan Tuhannya semata, maka dia tidak akan berpaling kepada hatinya sendiri. Lebih jauh, bagaimana mungkin masalah tersebut memasuki hati seseorang yang tidak punya hati? Ada perbezaan antara orang yang hidup dengan hatinya dan orang yang hidup dengan Tuhannya.

Ketika ditanya tentang makrifat, Abu Yazid menjawab,

قَالَتۡ إِنَّ ٱلۡمُلُوكَ إِذَا دَخَلُواْ قَرۡيَةً أَفۡسَدُوهَا وَجَعَلُوٓاْ أَعِزَّةَ أَهۡلِهَآ أَذِلَّةً۬‌ۖ وَكَذَٲلِكَ يَفۡعَلُونَ 

Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. (An-Naml: 34)

Inilah erti yang dimaksud oleh Abu Hafs. Abu Yazid menyatakan, "Manusia mempunyai keadaan-keadaan, tapi sang arif tidak. Sifat-sifat manusiawinya terhapus dan dzatnya telah berubah menjadi dzat lain. Sifat-sifatnya telah hilang kerana sifat-sifat dari selain dirinya telah menggantikannya.”

Al-Wasiti berkata, "Makrifat tidaklah sahih jika dalam diri si hamba masih ada rasa kepuasan dengan Tuhan dan keperluan terhadapNya." Dengan ucapan ini Al-Wasiti memaksudkan keperluan dan kepuasan adalah tanda-tanda ketenangan dan kewarasan jiwa pada diri si hamba dan tanda-tanda tetapnya sifat sifatnya, kerana keperluan dan kepuasan adalah di antara sifat-sifatnya; tetapi sang arif lebur dalam sumber makrifatnya. Bagaimana dapat makrifatnya menjadi sahih, sementara dia lebur dalam wujud-Nya atau terserap dalam menyaksikan-Nya, tetapi belum sepenuhnya mencapai wujud dan masih dipisahkan oleh kesedaran akan sifat apa pun yang mungkin dimilikinya?

Kerana alasan ini, Al-Wasiti juga mengatakan, “Barangsiapa memiliki pengetahuan langsung tentang Allah, bererti terputus; dia menjadi bisu dan tidak berkemampuan.”

Nabi saw menyatakan, “Aku tidak dapat memuji-Mu secukupnya.”

Ucapan ini merujuk kepada mereka yang tujuannya jauh. Mengenai mereka yang puas dengan sesuatu yang lebih mudah dicapai, mereka telah berbicara tentang makrifat dengan cukup panjang lebar.

Ahmad bin 'Asim Al-Antaki berkata, “ Semakin orang mengenal Tuhan, semakin dia takut pada-Nya.” Salah seorang sufi menyatakan, "Barangsiapa mengenal Allah SWT nescaya merasa sakit akan wujudnya sendiri, dan bumi dengan keluasannya terasa sempit baginya.” Dikatakan, “Barangsiapa mengenal Allah, maka penghidupan akan menggembirakan baginya dan hidup menyenangkan; segala sesuatu gentar kepadanya, dia sendiri tidak takut pada seuatu pun di antara makhluk-makhluk Allah, dan dia menjadi akrab dengan Allah SWT.”

Dikatakan, “Barangsiapa mengenal Allah, maka keinginan kepada harta benda akan meninggalkannya, dan dia tidak terikat ataupun terpisah dari mereka.” Dikatakan juga, “Makrifat mendatangkan rasa malu dan sikap memahasucikan Tuhan, sebagaimana mengeaskan tauhid mendatangkan kerelaan dan kepasrahan kepada Tuhan.”

Ruwaim berpendapat, "Makrifat adalah cermin sang arif. Jika dia menatapnya, nampaklah junjungannya." Dzun Nun Al-Mishri menuturkan, "Roh para nabi berlumba di padang makrifat, dan roh Nabi kita saw memimpin mereka semua (semoga Allah melimpahkan kesejahteraan kepada mereka) ke lembah kesatuan." Dia juga mengatakan, "Perilaku sang arif (terhadap orang lain) adalah seperti perilaku Allah SWT - dia bersabar terhadapmu kerana dia meniru sifat-sifat Allah." Ibn Yazdanyar ditanya, "Bilakah seorang arif menyaksikan Allah SWT?" Dia menjawab, "Ketika Saksi terungkapkan, saranan penyaksian lenyap, pancaindera musnah dan ketulusan melebur."

Al-Husain bin Manshur berkata, “Apabila si hamba mencapai tahap makrifat, Allah bahkan menjadikan fikiran-fikirannya yang menyimpang sebagai sarana ilham, dan Dia menjaga batinnya agar fikiran-fikiran tentang selain Dia tidak muncul di situ." Dia juga mengatakan, “Tanda seorang arif adalah bahawa dia kosong dari dunia ini mahupun dari akhirat." Sahl bin Abdullah mengatakan, "Darjat paling tinggi dalam makrifat adalah kekecewaan dan kebingungan."

DzunNun Al-Mishri menegaskan, "Orang-orang yang paling mengenal Allah adalah yang paling besar kebingungannya tentang diri-Nya." Seorang laki-laki berkata kepada Al-Junaid, "Di antara para'arifin, ada sebahagian yang mengatakan, “Meninggalkan setiap macam kegiatan adalah bahagian dari kesalehan dan kebajikan." Al-Junaid menjawab, "Mereka itu adalah orang-orang yang mengusulkan agar meninggalkan semua amalan, yang menurut pendapatku merupakan kekeliruan serius. Pencuri dan penzina berkeadaan lebih baik dari mereka, sebab sang arif memperoleh amal-amal dari AIIah SWT dan mereka kembali kepada Allah melalui amal-amal tersebut. Seandainya aku hidup seribu tahun, aku tidak akan mengurangi pelaksanaan amal kesalehanku sedikit pun."

Ditanya kepada Abu Yazid, "Dengan apa engkau mencapai makrifat?" Dia menjawab, "Melalui perut yang lapar dan tubuh yang telanjang." Abu Ya'qub An-Nahrajuri menuturkan, "Aku bertanya kepada Abu Ya'qub As-Susi, “Apakah sang arif bersedih kerana sesuatu selain Allah SWT?” Dia menjawab, "Dan apakah dia melihat sesuatu selain Dia yang kerananya dia mungkin bersedih?” Aku lalu hertanya,"Lantas, dengan mata yang mana dia melihat benda-benda?" Dia menjawab, "Dengan mata peleburan dan kelenyapan."

Abu Yazid berkata, "Sang arif terbang dan sang Zahid berjalan kaki." Dikatakan, "Mata sang arif menangis, tetapi hatinya tertawa." Al-Junaid menyatakan, "Seseorang tidak akan menjadi arif sampai dia menjadi seperti bumi: diinjak oleh orang yang saleh mahupun yang jahat, dan sampai dia menjadi seperti awan: menaungi semua makhluk, dan sampai dia menjadi seperti hujan: menyirami segala sesuatu, baik yang menyintainya mahupun yang membencinya."

Yahya bin Muadz menyatakan, "Sang arif meninggalkan dunia ini tanpa mencapai tujuannya dalam dua hal: menangisi dirinya sendiri dan memuji Tuhannya SWT."

Abu Zaid berkata, "Mereka mencapai makrifat hanya dengan mengorbankan apa yang mereka miliki dan tinggal dengan apa yang Dia miliki." Yusuf bin Ali menegaskan, "Seseorang tidak akan menjadi arif sejati sampai seandainya kerajaan Sulaiman as diberikan kepadanya, kerajaan itu tidak memalingkan perhatiannya sesaat pun dari Allah."

Ibn Atha' men' jelaskan, "Makrifat dibangun dengan tiga tiang: rasa gentar, malu dan keakraban."

Dzun Nun Al-Mishri ditanya, "Dengan apa engkau mengenal Tuhanmu'!" Dia nenjawab, "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. Kalaulah tidak kerana Tuhanku, nescaya aku tidak akan mengenal Tuhanku." Dikatakan, "Ulama adalah sumber tauladan, dan seorang arif adalah sumber petunjuk." Asy-Syibli mengatakan, "Sang arif tidaklah rampak sesuatu pun selain Dia. tidak pula dia berbicara lengan pembicaraan tentang sesuatu selain-Nya, dan tidak melihat satu pelindung pun bagi dirinya selain Allah SWT."

Dikatakan, "Sang arif memperoleh keakraban dengan dzikir kepada-Nya, dan lari dengan penuh rasa takut dari ciptaan-Nya. Dia memerlukan Tuhan, dan Tuhan membuatnya tidak bergantung pada makhluk-Nya. Dia bersikap rendah diri terhadap Tuhan, dan Dia memuliakannya di antara makhluk-Nya." Abu Thayyib As-Samarri menyatakan, "Makrifat adalah terbitnya Kebenaran [seperti matahari] atas batin melalui pancaran cahaya yang terus menerus."

Dikatakan, "Sang arif itu lebih besar dari apa yang dlikatakannya, dan sang ulama lebih kecil dari apa yang dikatakannya." Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Allah SWT mengungkapkan kepada sang arif di tempat bidurnya apa yang Dia ungkapkan kepada orang lain ketika mereka solat." Al-Junaid menyatakan, "Allah cerbicara dari batin seorang arif ketika dia diam." Dzun Nun menyatakan, "Bagi setiap orang ada [bentuk] hukuman [tertentu], dan hukuman bagi seorang arif adalah terputus dari dzikir kepada-Nya." Ruwaim berkata, "Kemunafikan seorang arif lebih baik daripada ketulusan seorang Salik ("pencari").

Abu Bakr Al-Warraq berpendapat, "Diamnya seorang arif adalah paling bermanfaat, dan bicaranya adalah paling baik dan paling menyenangkan." Dzun Nun menegaskan, "Meskipun para zahid adalah raja-raja di akhirat, namun dibanding dengan para 'arifin, mereka bagaikan para pengemis."

Ketika Al-Junaid ditanya tentang sang arif, dia menjawab, "'Warna air adalah warna wadahnya."

Ertinya, sifat seorang arif selalu ditentukan oleh sifat keadaannya pada saat tertentu. Abu Yazid' ditanya tentang sang arif. Dia mengatakan, “Dia tidak melihat sesuatu pun selain Tuhan dalam tidurnya dan tidak melihat satu pun selain Tuhan dalam di saat bangunnya. Dia tidak serasi dengan selain Tuhan, dan dia tidak memandang kepada selain Tuhan."

Salah seorang syeikh ditanya, "Dengan apa anda mengenal AIIah SWT?" Dia menjawab, "Dengan ledakan cahaya yang memancar melalui lidah manusia yang dijauhkan dari cara-cara pembezaan cermat yang biasa dan dengan satu kata yang meluncur melalui lidah seseorang yang ditakdirkan untuk binasa dan tersesat.” Si pembicara menunjuk kepada suatu pengalaman kerohanian yang jelas dan menuturkan sebuah rahsia yang samar-samar; dia adalah dirinya sendiri berdasarkan apa yang diungkapkannya, tapi bukan dirinya sendiri berdasarkan apa yang dibiarkannya samara-samar."

Kemudian sang syeikh membacakan syair:

Engkau berbicara tanpa pembicaraan. Ini adalah bicara yang sebenarnya,
Bicara menjadi milik-Mu, baik ia bersifat parcakapan ataupun berbeza dari pembicaraan.
Engkau muncul ketika sebelum Engkau tersembunyi,
Engkau membuat kilasan cahaya narnpak padaku, yang membuatmu berbicara.

Ketika ditanya tentang tanda seorang arif, Abu Turab menjelaskan, "Dia tidak dibuat kotor oleh sesuatu pun, dan segala sesuatu dibuat menjadi suci olehnya.” Abu Utsman Al-Maghribi berkata, “Cahaya pengetahuan bersinar bagi sang arif, hingga dia melihat dengan ilmu hal-hal ghaib yang menakjubkan." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, "Sang Arif tenggelam dalam lautan hakekat. Sebagaimana dikatakan oleh salah seorang sufi, "Makrifat adalah seperti ombak yang muncul ke atas - ia naik dan turun."

Yahya bin Muadz ditanya tentang sang arif, dan menjawab, "Dia adalah manusia yang berada bersama makhluk dan sekaligus berpisah darinya." Di waktu yang lain dia berkata, “Mula-mula dia ada; kemudian dia terpisah." Dzun Nun Al-Mishri mengatakan, "Ada tiga tanda seorang arif; cahaya makrifatnya tidak menghalangi cahaya tarekat (hidup serba minima) nya; dia tidak percaya pada pengetahuan batin apa pun yang bertentangan dengan ketentuan lahir, dan melimpahnya rahmat Allah SWT kepadanya tidak mendorongnya untuk merobek tirai yang menutupi kesucian ghaib Ilahi."

Dikatakan, "Orang yang berbicara tentang makrifat di hadapan orang-orang yang [hatinya] terikat pada akhirat bukanlah arif, dan lebih-lebih lagi bukan arif iika dia berbicara tentang hal itu di hadapan orang-orang yang terikat pada dunia." Abu Sa'id Al-Kharraz menyatakan, "Makrifat datang dari sebuah mata yang menangis berlimpahan dan curahan usaha yang besar."

Ketika ditanya tentang perkataan Dzun Nun N-Mishri mengenai tanda seorang arif, bahawa "Dia tadi ada di sini, tetapi sekarang telah pergi," Al-Junaid menjawab, "Satu keadaan tidak menahan seorang arif dari keadaan lainnya, dan satu tahap tidak menabirinya dari perubahan tahapan. Jadi dia berada bersama orang banyak dari setiap tempat seperti halnya mereka, dia nengalami apapun yang mereka alami, dan dia berbicara dengan bahasa mereka agar mereka dapat nemberikan manfaat dengan pembicaraannya. "

Muhammad bin Al-Fadhl menyatakan, “Makrifat adalah kehidupan hati bersama Tuhan.” Abu Sa'id Al-Kharraz ditanya, "Apakah sang arif berakhir pada keadaan di mana dia tidak pernah menangis?” Dia menjawab, “Ya. Menangis termasuk dalam masa ketika mereka melakukan perjalanan menuju Tuhan. Ketika mereka turun dari kenderaan dan berhenti di hakekat-hakekat taqarrub (kedekatan) dan mengalami rasa mencapai anugerah ini, mereka tidak lagi menangis.”